Friday, 3 August 2012

ciri-ciri kawan dam maksud



Dua orang membolehkan persahabatan yang berjaya dan dua orang juga menghancurkan
persahabatan.
Persahabatan dibina dengan kefahaman dan kepercayaan yang mendalam dan mengambil
masa yang lama.  Remaja mempunyai ramai kawan, terutama di sekolah.  Ada yang
bertahan hanya seketika, tetapi terdapat segelintir yang rapat sehingga tamat
persekolahan dan berterusan.  Inilah kawan baik atau kawan karib anda.  Walau pun kawan
karib biasanya sebaya dengan anda, terdapat juga kawan karib di kalangan mereka dari
luar alam persekolahan


Kawan baik atau kawan karib mempunyai lebih banyak ciri-ciri berbanding kawan biasa.
Antaranya ialah:
-  Intuitif – tahu bila kawan memerlukan bantuan, seseorang yang anda boleh bergantung
harap dalam apa keadaan sekali pun.
-  Anda boleh rileks dan berdamping – bergembira, berkongsi perasaan dalaman (harapan,
keriangan, ketakutan), boleh bercakap dengannya, boleh serius dengannya,
membahagiakan antara satu sama lain, menangis, ketawa bersama, berbelas kasihan
dan saling mendengar.
-  Menerima anda seadanya – tidak kira siapa anda, tidak malu berdamping dengan anda,
tidak mentertawakan anda apabila berkelakuan bodoh, tidak menjatuhkan anda
apabila anda membuat kesilapan, tidak menghukum, mengkritik atau membuatkan
anda kelihatan bodoh.
-  Berempati dengan anda – memahami dan prihatin terhadap perasaan anda.  Dengan
kata lain, ‘boleh memakai kasut anda’.
-  Boleh diharap dalam masa susah dan senang, saling membantu.
-  Terbuka dan jujur tanpa melukakan hati anda.
-  Beri sokongan moral – mendorong anda mencapai kejayaan dan melakukan yang
terbaik.
-  Menghargai antara satu sama lain.
-  Baik hati dan bertimbang rasa.
-  Anda boleh menjadi anda sebenarnya – boleh marah tetapi tetap berkawan.
-  Melihat dan menjelmakan yang terbaik dari anda (menyokong, menggalakkan, bersikap
positif).
-  Tidak pernah menjatuhkan maruah anda.
-  Serius dalam persahabatan.
-  Sedia mendengar.

No comments: